Saturday, June 19, 2010

speechless~

speechless sebentar..
td sedang2 berfb, aku buke la link seorang saudari ni punya blog,
aku kagum jap.. terkesima pun ad.. maka aku pn copy jap ape yang da aku baca..
maghila kite share..

Setiap insan yang bergelar wanita pasti menginginkan dirinya di cintai dan di hargai. Setiap insan yang bergelar wanita mahukan 'Perkahwinan' yang bahagia dan di berkati bukan 'Zina' yang penuh dengan dusta dan nista. Nauzubillah..

Setiap insan yang bergelar wanita solehah, pasti di hujung doanya mengharapkan agar di pertemukan beliau dengan insan yang soleh dan dapat membimbing dirinya ke jalan yang 'Benar'. Pasti!!

Setiap insan yang bergelar wanita tidak mahu dirinya di sakiti dan di kecewakan dan tidak mahu sebarang 'Penceraian' di awal perkahwinan. Siapa yang mahu?!!

Siapa yang mahu men'janda' pada usia yang muda sambil mengendong anak kecil ke mahkamah hanya mahu membicarakan soal hak penjagaan. Nauzubillah..

Mencari 'permata' di dalam selautan pasir di pantai bukanlah mudah. Sukar dan renyah kerjanya. Memerlukan 'kesabaran' dan 'istiqamah' dalam mencari. Bukan hanya hangat-hangat tahi ayam. Bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Bukan sambil lewa sehinggakan meninggalkan 'syariat' yang ALLAH gariskan hanya semata-mata mencari 'kaca' yang seakan-akan permata. Tidak!

Menanti waktu yang sesuai itu juga penting. Dan masa itu 'rahsia' ALLAH.. tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat keputusan dan menilai sesuatu peristiwa. Berdoalah.. dan berdoalah.. dan insyaALLAH ALLAH akan buka hati kita dan di beri petunjuk.InsyaALLAH...

Semakin kita mahu memahami hati manusia, semakin 'rapat' kita kepada ALLAH, kerana ALLAH 'pemilik' hati-hati manusia dan jagalah 'hubungan' kita dengan ALLAH kerana sekiranya kita 'menjaga' hubungan kita dengan ALLAH dengan baik, insyaALLAH..ALLAH akan menjaga hubungan kita dengan manusia sekeliling kita.

Janganlah lalai dan leka dalam menjalankan ibadat kepadaNYA, janganlah mula lupa untuk merinduiNYA di lewat malam, janganlah sudah mula untuk mengingkari perintahNYA ..

Sungguh, cinta kepadaNYA tiada penganti.. terulung dan teragung hanya kepadaNYA.

Mahu tidak mahu, manusia harus akur bahawa cinta ini hanyalah kepadaNYA.. pengharapan dan pengantungan hanya kepadaNYA. Tidak berbelah bagi.

p/s: ukhti, saya copy eh.. minta kebenaran ukhti..
bile fikir2 balik..hmmm.. *bermuhasabahlah*

No comments: