Sunday, November 20, 2011

mendung : monologila

di ceruk bilik,
memegang erat gelas kaca,
hampir tidak bernafas.
pandangan sarat dilempar ke luar,
ke luar jendela,
merenung kepul kepul awan,
yang berat berarak.
kabus.
masih mendung di luar nampaknya,
mencampak segala nota nota,
namun, masih memegang pena,
tak mampu menulis, malah lebih banyak berkhayal.
akhir akhir ini,
terlalu banyak perkara yang perlu dilangsaikan,
tapi masih terlalu longlai.
berdiri dan hirup oksigen dengan penuh berani,
sedangkan tahu, atmosfera dunia tak sesihat dahulu,
tahan diri dari jatuh,
dan pupuk yakin bahawa mampu teruskan segalanya,
hingga titik mati.

5 comments:

Pakcu Sofi said...

isk3~

yatibasha said...

weh sopi! haha. amacam gems??

xira.b said...

toughkan?..(/.\)
betullah orang cakap. nak sambung MSc kena ada semangat yang kuat. semangat untuk study satu. semangat untuk research satu.
...all the best! :)

yatibasha said...

xira: ha ah. tough gila weh. adoi. semangat2. allthebest jugak cikxira =)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Semangat dan keyakinan itu yang perlu kan?

:)