mebiaskan peglihatan di jendela. sekejap sekejap.
belum ada tanda tanda malam ini bakal hujan.
cuma ada satu dua tiga cengkerik bersahut.
coklat pekat panas.
indah. harum bau aroma pekat.
membilang hari untuk dua tiga hari rutin yang bakal dilalui.
tanda satu satu untuk setiap yang siap.
ada cinta yang berbunga. ya. cinta ayahanda dan bonda.
setiap ketawa mereka pengubat luluh dalam hati.
masih membilang hari.
berapa banyak waktu aku ada.
berapa pekat oksigen yang aku guna.
berapa masih banyak bakinya.
kelu.
berada dalam suatu fasa yang aku rasa janggal.
ada doa aku titipkan.
semoga ada haluan indah buat aku.
walau akan ada dugaan.
aku cuba bertahan.
terfikir aku, andai ada salah aku.
maafkan.
coklat pekat panas. dah suam.
indah kadang kadang dipinjam sekejap sahaja.
hargai, hargai yang penting.
No comments:
Post a Comment