
Januari pergi dan Febuari bakal menjengah mari. Hari hari seperti biasa, memandang ke luar jendela, lalu meniup debu debu yang hadir. Memandang awan yang setiap hari tidak sama. Beroleh suka. *Merepek benar aku.
Merasmikan kedatangan Febuari, aku tinggalkan sisa kenangan Januari. Hari beransur pergi, dan mungkin cerita akan datang adalah lebih baik. *tersenyum sendiri, masih wujud sezarah hampa disudut hati.
Kekecewaan terubat seketika tika sahabat kembali. Menghulurkan secebis gembira. Aku suka. Seperti mendapat makanan kegemaran yang telah lama tak dipedulikan.
Menonton movie, cerita kesukaan bersama mungkin. GREEN HORNET. 3D ditambah pula 3 kali panggung Taiping Sentral “blackout”. Dengan keadaan yang terpaksa menggunakan mata empat ditambah lagi dua, maka aku turut bengang dengan situasi tersebut. *ingat tak berat hidung aku nak pangku sume spec spec ni. Sarat benar. Penghuni panggung mula panas punggung.
Aku terdengar suara panas “aku nak bakar panggung ni. Ingat orang tahan ke nak tengok replay yang sama”. *nasib baik bukan replay dari awal cerita, kalau tak, mahu aku muntah hijau.
Aku cuma ketawa manis sinis. Hihi.
Cerita habis dan ke taman tasik melihat monyet monyet tasik.
5 comments:
wassup kakak
amal: :D.. hehe.. sy ok disini.. wpun x seberapa..
awat duk buat tulisan kecik2 sngt nie..jenoh kene besaqkan mate..aiyooo~
febuari ke februari?hahaha...saje je belog walking n nak kaco ko...jgn marah...
nurul: hahaha.. habis kecik dah ni.. xley kecik lagi dah..
alep: a ahla.. aku pn kenfius snanya.. februari ke febuari.. hahaha..
Post a Comment