Hilangkan diri sekejap. Kemahuan sebegitu yang sangat melonjak lonjak dalam diri saat ini. 'pling'. Mudahnya kalau begitu. Kalau mahu hilang, mahu kemanakah aku? Ke masa silam dan betulkan keadaan? Jangan jadi gila! Mustahil. Tiada apa yang boleh melawan qada' dan qadarNya. Segalanya telah ditentukan.
Diam.
Masih cuba mengukir senyum.
Pahit dan kelat.
Kalau ada masa, aku mahu kesana. Beterus terang kan senang. Tapi lagi baik kalau manusia seperti aku terus diam sepi dan pergi.
Aku masih janggal bila berdiri.
Juga ganjil bila berbicara.
Untuk tidak menangis baik aku pandang ke langit, agar tiada setitis air mata jatuh.
Bodoh. Jangan tipu diri.
*Diri masih perlu bersabar. sabar. sabar. sabar. sambil jangan letak nokhtah dan terus melangkah.
20 comments:
Nape ni Yati? Banyakkan bersabar ya.. Allah sentiasa ada bersamamu.. Walaupun kami semua dah takde dekat dgn ang, but everything will be ok, dear.. Smile.. ^_^
nape ni yati?ingat sape?org penang ke?
farha: thanks tuk doa kalian.. mugkin sebab tu aku masih tabah.. hehe.. btw, aku cuba senyum skang ni.. lihat.. :D
alep: 1. xde pape yang perlu dirisau. aku masih waras. tak buat keje gila seperti membunuh lipas.
2. orang yang diigat tak mungkin ingat aku atau sedang ingat atau buat buat tak ingat. dia hanya manusia biasa. haha. biarkan dia.
3. bukan orang penang.
ko btpe skang ni yati?
skang ni, aku mengadap laptop sambil berfb dan berblogwalking. hehe. kalau nak tahu, aku masih belum bekerja secara tetap ataupun kontrak. duduk dan tidor kat rumah sambil menguruskan badan.
xcari keje di tepeng ke?ari 2 aku p tepeng umah kakak sopi..
hati aku masih belum mahu. hehe. nanti lepas ni mungkin bulan 3 aku cuba cari, eh, bulan 2 ni. bercadang nak keje bulan 3. doakan tuk aku. ye, sopi ada cite, kau dtg taiping. korang pegi mkn cendol kan.
haah...kakak dier bawak..kekenyangan aku mase 2..wah skang ni dah tengah bulan 2..ko nak cari bile?ujung bulan ni ea?
haha.. a ah boleh jugak. aku tengah survey satu tempat nie, wat part time je b4 dapat permanent. kalau rezeki aku permanent kat situ alhamdulillah. dekat mana? haa, nanti kalau dapat aku cerita. kalau kerje yang lain2 tu memang ada aku apply tapi masih belum dipanggil tuk interview.
owh...cm2 ea?cam kiter berborak lak kan dalam ni~
hahaha. taw pun. mcm bnyak je komen, padahal kite jek borak2. :D
2 la...kat sini je aku berpeluang borak ngan ko~
fb kan ada. ak ada je kat situ cuma tak tahu nak post ape2. otak beku skarang ni. hehe.
fb lagi ramai...kat sini xramai sangat..so leh lepak2 skit...
ini chatbox ke nak borak panjang2? *dengki*
hahahahahahahahaha!!!
hahaha. ni sembang2 sebb tak ramai org dan boleh lepak2. alep yang kate.
owh yeke?aku ckp cm2 ea cik yati?
yang lepak2 tu aje. yang lain aku tambah. haha
hahaha~~sis dengki la nampaknye~
banyaknya komen :D
kak yatiii! rindu gilaaa huhu
bile la leh borak2 agi kan..
ym pon da jarang on skarang, sibuk
yelah masa kat U sibuk manjang
nanti da graduate free manjang
amek masa untuk seswaikan diri gak tuhh
btw, maila usm. kami lagi sebulan dua je neh. leh jupe cido radin niza sumeeee2
:)
Post a Comment