Mungkin satu masa,
rasa itu diragut keras.
rasa bagai hati dipecahkan.
bukan lagi kaca yang bersepai yang mampu aku kutip.
bukan lagi kaca yang mampu aku cantumkan.
bukan lagi sempurna.
tapi ia tetap hati.
daging yang seketul ini.
dijahit yang betikamkan bilah sabar.
disulam benang masa.
mungkin esok atau lusa.
cerita kelmarin buat aku tersenyum sinis hingga buat ketawa menangis,
kerana hati yang pernah dipecahkan, sudah ditampal kuat.
Aku tak pernah ketawa benci.
Aku tak pernah senyum jelik.
Pada kau yang pecahkan hati.
Aku ucap terima kasih, dan maaf.
Maaf kerana hati ini tak mampu menampung hadir kamu lagi.
Mungkin memori lama adalah kamu.
Tapi kamu yang lama sudah baharu.
Sudah lain dari yang aku kenal dahulu.
No comments:
Post a Comment