Monday, November 5, 2012

monologila_jerit payah

Pembaca cerita.
Pembawa berita.
Memalit warna berjuta
Ada unsur cerita dalam setiap warna.
Pelangi kaca pecah.
Aku kutip setiap serpihan.
Hingga tiada perasaan, ada torehan, terpalit darah.
Hingga pucat. Putih lesi.
Kerana aku tahu ada warna sempurna yang mengadun rasa.
Ya! Aku sedang gila menjerit rasa.
Yang meratah lama dalam duka.
Pendam hilang.
Buang diam.
Ketawa mengisi kosong antara rentak suara yang terhanyut.
Mana mungkin sedang berdendang sayang dalam cerita kabut.
Kelam.
Aku hilang.

No comments: