Saturday, November 16, 2013

penawar

Hujan.
Dalam detik ini, tak ada kopi panas yang mahu menemani basah tekak.
Cuma ditemani rintik hujan renyai.
Langit merah.
Udara basah.
Kicau burung yg cuma singgah singgah.
Berjuta perasaan, bersulam kasih sayang tak bertepi.
Mungkin cinta yang dimaksudkan.
Sambil aku, rasa perlahan lahan atmosfera dunia.
Manis. Lebih manis dari gula buatan manusia.
Setiap detik waktu, aku masih wujud dalam ruang kosong.
Pamerkan diri yang tak pernah rasa kecewa,
Walaupun hati itu pernah runtun.

Hujan punya penawar lembut,
Mampu bicara dengan aku, tatkatla aku bingung.
'Carilah kekuatan dalam kelemahan.
Sebarkan kasih sayang.
Juga cinta.'

No comments: