Sunday, December 8, 2013

DIS

Petang. Diiringi semerbak bau kopi. Tambah biskut butter jadi pengalas perut.
Sedar dari tengah hari tiada santapan tengah hari.
Leka dengan permainan perasaan sendiri.
Leka dengan kerinduan.
Cuti hujung minggu kali ini, pada hujung tahun ini, jadi pilihan buat aku, buka kembali blog. Kemaskini.
Taipan mahupun idea tak seghairah dulu.
Urusan kerja memang tak pernah berhenti mengejar.
Biarpun petang ini, mahu sahaja selesaikan kerja, aku sengaja 'pause' kan.
Biar ada suatu cerita dikongsi dalam ini.

Melihat aku pada tabir jendela.
Merenung kembali pada keyboard. Lama.
Abjad abjad itu sudah lama tak lincah menari seperti sebelum ini.
Aku biarkan satu persatu cerita terimbas dalam laman kosong kotak akal.
Biar aku tarik keluar perlahan.
Ada?
----
Belum lagi.
----
Kerjaya. Kehidupan. Kegembiraan. Kesedihan.
Aku rasa semua itu sudah tak seimbang dalam diri aku.
Untuk aku lupakan kesedihan, aku kerap kali ketagih dadah kerjaya.
Biar aku kerja sehingga tubuh meraung dengan beri aku merasa kesakitan.
Kegembiraan aku hanya bila ada dia. Dengan kerinduan acap kali bertaut bila kejauhan.
Terima kasih.

Ada peluang, suatu masa, aku mahu rangkakan sesuatu.
Sesuatu yang rahsia.
Yang biar ia jadi pengubat untuk segala kedukaan, keresahan.
Sambil aku, memanggil manggil ketenangan dari wujud sekarang.

No comments: